PATWA 2016 | Ucapan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

0
567
Isi-isi penting yang perlu dihadam, dibawa pulang dan diamalkan:
1. Mengingatkan semula serta menghayati kata kata yang pernah dilontarkan oleh Almarhum Sheikh Jumuuah Amin seorang tokoh Ikhwan Muslimin kepada ahli IKRAM semasa lawatan beliau ke Malaysia beberapa tahun lalu : Matlamat Tarbiyah kita dan proses untuk mencapai matlamatnya adalah untuk menghasilkan Amilin dan amilat (aktivis) muassirat yang mengesani dan meninggalkan impak terhadap kehidupan sekeliling kita. Bermula dengan keluarga, kemudian jiran tetangga, masyakarat, negeri, negara, serantau dan dunia secara amnya.
2. Sehubungan itu, kita perlu menggerakkan perubahan dan pengislahan dari situasi yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik utnuk di wariskan kepada generasi akan datang menerusi Rancangan IKRAM (RI 2016-2019).
3. Gerakan dan aktivisme untuk melakukan perubahan mestilah disusun dan dijana melalui amal jama’i yang terancang, bukan kerja kerja individu yg terpancar-pancar. Organisasi yang tersusun merangkumi tiga aspek;
a. Legislatif
b. Eksekutif
c. Judisiari
4. Bidang teras akhawat adalah memastikan semua keluarga masing-masing berada dalam situasi makmur lengkap melengkapi, contohnya ibubapa, abang kakak dan adik, generasi tua dan muda, semua dianggap sebagai satu keluarga dan tiang sendi kepada IKRAM – elemen rukun (core). Semua menjadi pendokong kepada segala usaha yang kita perjuangkan.
5. Akhawat menggerakkan usaha ditempat masing masing, dengan memahami senario setempat dengan itu mampu mengatur langkah-langkah mendepani cabaran.
6. Semua amilat terikat dengan perancangan yang telah diputuskan bersama bagi menggerakkan perubahan dan pengislahan bagi mencapai wawasan – Malaysia Negara Rahmah.
7. Inilah visi kita, menjadikan Malaysia Negara Rahmah yang menaungi semua lapisan masyarakat seterusnya negara jiran dan serantau serta seluruh dunia atas dasar pemuafakatan (partnership).
8. Amilat menjadi penggerak untuk memacu perubahan dengan menawarkan gagasan tamadun baru, dunia baru dan situasi baru dengan menyantuni umat manusia.
9. Akhawat bukan sahaja boleh menjadi agent of change malah menjadi game changer ataupun pressure group (kumpulan pendesak) kerana keahlian akhawat dalam IKRAM adalah 60% dari keseluruhan ahli IKRAM.
10. Menggalas kerja besar dengan misi dan visi IKRAM akan mendepani cabaran yang tidak kecil, maka a. akhawat/amilat perlu menyiapkan diri dengan kemahiran strategic thinking dengan maklumat yang cukup dan tepat. b. Akhawat dan amilat memanfaatkan kepakaran golongan ilmuan dan pakar pakar bidang. c. Barisan kepimpinan akhawat/amilat yang senior menurunkan kepakaran pengalaman dan keilmuan dalam berorganisasi kepada generasi pewaris agar kesinambungan perjuangan dapat diteruskan dan mencapai kejayaan yang diimpikan.
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY