PATWA 2016 | Membina Generasi Yang Menang

0
309
Dra. Wirianingsih Msi (Ibu Wiwik) Ketua Bidang Keperempuanan dan Ketahanan Keluarga (DPPP PKS) (Berumur 54 tahun mempunyai 11 orang cahayamata, 10 drpnya Hafiz)

Membina generasi yang kuat, bagi membangunkan dakwah, memerlukan sinergi supaya saf akan kukuh untuk kelangsungan dakwah kita iaitu satu generasi yang terbaik yang menjadikan Islam A’la wala Yu’la Alahihi (Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya)

Peranan ibu adalah merupakan peranan strategis dan ideologis dalam pembinaan generasi membangunkan menyarakat dan menyebarkan dakwah, tanpa meningggalkan peranan orang lelaki yang saling lengkap-melengkapi dan saling menyempurnakan.
Sebagai strategis, wanta menginternalisasikan nilai dalam pembinaan keluarganya menerusi:-
1. Daurul Mar’ah (peranan wanita)
2. Hubungan suami isteri
3. Tarbiyatul Aulad
3 perkara di atas ini, disimpulkan dalam kata-kata Zainab al-Ghazali – wanita itu adalah penggerak dalam rumah jika wanita tidak bergerak aktif, maka rumah itu seumpama mati. Demikian juga, apabila wanita itu baik, baiklah masyarakat dan baiklah negara. Jika wanita itu hancur, maka hancurlah negara itu, bermakna wanita itu melahirkan generasi yang hancur.

Dua Jenis Wanita

Dalam Al Quran digambarkan 2 jenis wanita (ibu).
1. Wanita/ibu inspiratif (Ummu Musa, Isteri Imran, Mariam al Batul, Asiah Isteri Firaun)
2. Wanita hancur/menghancurkan/durjana (isteri Nabi Lut, Isteri Nabi Nuh).
Aktiviti para isteri/ibu adalah aktiviti dakwah, asal daripada perkataan Al Umm. Maknanya Induk (tumpuan dan rujukan, serta tempat kembali), sebagai contoh, buku Imam Syafie (Al Umm).
Ibu ini berfungsi untuk melahirkan anak kandung ataupun anak gerakan (mutarabbi). Masa melahirkan ini maka berlakulah apa yang dikatakan sebagai pewarian ideologi, penerusan pendidikan keimanan yang menjadi sumber kekokohan kepada anak-anak. Bukan sekadar melahirkan anak-anak secara biologi tetapi melahirkan anak-anak yang berideologi.
Oleh itu, kita perlu memantapkan maksud Surah Ali Imran ayat 19 (Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam) dalam pembentukan anak-anak generasi pewaris.
1. Islam sebagai panduan hidup yang disosialisasikan dan dipraktikkan setiap masa tanpa terganggu dgn apa-apa bencana seperti gempa bumi. Dakwah terus berjalan.
2. Islam sebagai solusi menjawab kepada segala permasalahan dan persoalan. Harus responsif terhadap masalah umat dengan menampilkan para duat yang menjadi penyelesai masalah.
Sebagai contoh:-
a. Kemiskinan, solusinya adalah zakat.
b. Semakin bertambah gejala sosial dan keruntuhan moral, maka wanita memberikan solusi dengan mengaktifkan gerakan-gerakan wanita yang melaksanakan kerja-kerja amar makruf dan amar makruf (seperti dalam NGO).
c. Penceraian yang meningkat (sehingga 200%) di Indonesia kerana adanya gerakan feminisme/liberalisme berjaya mengembangkan ideologi mereka, bagi meruntuhkan sistem insitusi keluarga. Maka para duat wanita perlu mempelopori gerakan yang sama gagah bagi membanteras segala fahaman yang songsang itu.

Peranan Isteri dan Ibu sebagai Pengokoh dan Pengimbang dalam Keluarga

Ibu dan isteri yang berkualiti akan memberikan sumbangan yang berkualiti dalam masyarakat cemerlang, iaitu:-
1. Ada hubungan erat peranan wanita dalam keluarga, khusus pembentukan karakter keluarga bermula dari rumah.
2. Berkualitas dalam mendidik anak-anaknya dengan menyiapkan anak-anak ke arah menjadi generasi yang kukuh imannya.
3. Menyediakan kurikulum (‘career path’ sebagai daie) untuk anak-anak kita. Apakah yang kita jadikan anak-anak kita? Maka perlu penyediaan ke arah itu.
4. Tidak mengabaikan pembentukan karakter berasaskan factor segi tiga emas iaitu 3 paksi (Allah, orang tua, anak). Perlu senantiasa diulang-ulangkan supaya penyerapan ideologis akan mapan.
Untuk menghasilkan generasi yang menang, perlu sediakan 4 perkara asas yang membolehkan generasi ini bersaing di masa hadapan.
1. Penguasaaan Al Quran (Hammalatul Quran).
2. Penguasaan minimum 2 bahasa (Bahasa Arab dan Inggeris).
3. Penguasaan Life-skills (ketrampilan kemahiran hidup supaya mereka tidak menganggur dalam apa-apa keadaan sekalipun.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY