Lagu Wanita IKRAM Malaysia

0
1012

WANITA IKRAM PEMACU ISLAH

Langkah bermula dengan ikrar senada
Berlandas Al Quran dan Sunnah mulia,
Yakin, tabah, sabar penuh keimanan,
Wanita IKRAM menjulang perjuangan.

(chorus)
Dakwah tarbiyah asas kekuatan,
Insan rabbani tunggak kemenangan,
Keluarga Islami teras kemuliaan,
Ummah, masyarakat diperkasakan

Wanita IKRAM pemacu Islah
Bersatu di medan menyusun langkah
Mencapai matlamat keredhaan Allah
Ukhuwwah teras kegemilangan

Bicaranya berhikmah
Akhlaknya terpelihara
Bersama IKRAM wadah perjuangan
Membina Ummah kembali gemilang
Negara rahmah bergemerlapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here