Kematian Yang Menghidupkan | Dr Nida Fatin Mat Asis

0
503

Kematian yang menghidupkan.

Ketika mendapat berita dari akhwat di Sabah, seakan tidak percaya. Walaupun tahu memang berita kematian jarang orang bermain dengannya.

Ukhti Dr Nida Fatin Mat Asis merupakan aktivis dakwah yang tegar dan cintakan kebenaran.
Saya mengenalinya semenjak 10 tahun yang lalu di bumi UK.

Kami berjaulah, berdaurah, berdakwah , bergaduh dan berbalas pendapat. Pada susuknya adalah insan yang cintakan kebenaran dan Islam.

Setelah pulang ke Malaysia, berkahwin, melahirkan anak, seterusnya bekerja sebagai pegawai perubatan di Sabah, semangat dakwahnya tidak pernah surut. Di mana sahaja bumi dipijaknya, pasti ada siraman dakwah yang ditaburkan.

Bagi yang mengenali beliau sangat tentu merasai kehilangan.

Kehilangan permata yang besar dalam dakwah. Kecekapan dan ketajaman akal serta amalnya diterjemahkan dalam bentuk hasil dakwah yang lumayan di bumi Sabah sana.

Pagi ini detik 10 pagi, beliau memandu kereta ke tempat mesyuarat untuk satu program dakwah. Suaminya yang baru habis post call duduk di tempat penumpang bersama anak kecil mereka.

Dalam perjalanan, kereta mereka terbabas dan menemui kemalangan.

Ukhti Nida meninggal dengan serta merta meninggalkan kita semua pada usia 29 tahun. Suami dan anaknya selamat.

Beliau merupakan seorang daie yang telah membuktikan syahadahnya kepada Allah dan kita semua.
Moga kematiannya dikira kematian yang syahid di atas perjuangan.

Kematianmu ukhtiku sungguh menghidupkan. Insafnya kami kerana terlalu banyak leka dalam kehidupan ini.

Moga dikau ditempatkan di akhirat sana bersama para anbiya dan syuhada. Semoga kita bertemu di sana, di Jannah kelak insyaallah!

Alfatihah.

Allahummaghfir lahaa war hamhaa wa’afiiha wa’fu’anhaa

Nida Fatin Mat Asis
22 Ogos 1986 – 16 April 2016

13043234_10154030652375903_1122759976061759533_n

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY