Sidang Media sempena Hari Wanita Antarabangsa 2016

0
302

║Berita║SERI KEMBANGAN – Wanita IKRAM Malaysia telah menganjurkan satu sidang media bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2016 di Kompleks IKRAM Malaysia, Seri kembangan, Serdang pada hari ini, Jumaat bersamaan 11 Mac 2016.

Selain daripada Wanita IKRAM yang telah diwakili oleh Ketua Wanita, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, turut bersama adalah wakil Rose2Rose, Puan Norsham Abu Bakar dan juga wakil dari Malaysians For Egytp (M4E), Puan Maznah Ahmad yang telah menyampaikan kenyataan mewakili agensi masing-masing bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2016.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim turut mewar-warkan program Wanita IKRAM yang terdekat yang akan berlangsung pada 26 Mac 2016 iaitu “Seminar Keluarga Dalam Pelaksanaan Syariah 2016: Ke Arah Mahkamah Syariah Yang Mesra Kelurga.”

Sidang media hari ini turut dihadiri wakil media dari Berita Harian, Harian Metro, NSTP, MyCARE, Rose2Rose dan IKRAMedia.

Acara pemberian bunga ros turut diadakan di sekitar Kompleks IKRAM Seri Kembangan dan Taman Melawati secara serentak sebagai simbolik meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2016.

12794723_980476645367388_3936612315287821469_o 12829330_980476662034053_6297175785332255778_o 1933411_980465422035177_9185592403953282636_o

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY