Cool Kids Super Khalifah Serlahkan Potensi Diri Adik-adik

0
255

 12316678_1045575778826084_2085097128677311373_n

KOTA BHARU – Seramai hampir 40 orang adik-adik telah menghadiri sesi penerokaan potensi diri yang dikendalikan oleh Saudara Ahmad Fakhri Hamzah dan Jamilah Samian, moderator yang tak asing lagi di Malaysia. Program yang dianjurkan oleh IKRAM Junior, Wanita IKRAM Kelantan telah diadakan di Dewan AlBanna pada pagi ini, 28 November 2015.

Adik2 digalakkan berfikir untuk meneroka dan menyerlahkan perancangan masa depan sesuai dengan matlamat hidup insan sebagai seorang Super Khalifah yang bertanggungjawab ke atas dunia dan segala isinya.

12250022_1045576885492640_693024513785352481_n

Alhamdulillah adik2 berjaya menyertai setiap sesi praktikal dan adik Uwais anak kepada Puan Elyana walaupun pada usia 5 tahun telah dinobatkan sebagai super cool kid pada program ini. Tahniah diucapkan.

YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Sharani Mohd Naim, telah melangsungkan acara penutup dengan menekankan akan pembinaan IKRAM Junior sebagai pelapis dakwah. Penerapan nilai Islam amat penting pada usia sebegini.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada para ibubapa yang bersama dalam program yang bermakna buat adik2 ini.

“Giat Bermanfaat, Generasi Hebat!”

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY