Halangan-halangan di Jalan Hidayah

0
258

1- BANYAK BERANGAN

Sebab pertama daripada sebab-sebab terhalangnya dari hidayah ialah banyak berangan-angan. Sesungguhnya manusia ini apabila dia melayari bahtera di lautan seringkali tenggelam dan menenggelamkan. Ada yang mengatakan bahawa berangan itu punca kemuflisan.
Contohnya, seseorang yang hanya duduk di rumah, tidak berbuat apa-apa, hanya berangan mempunyai duit yang banyak, dan harta yang bertimbun. Padahal ini tidak akan sekali-kali terjadi, kecuali dengan berbuat sesuatu atau berusaha bukan hanya sekadar berangan.
Begitu juga seseorang yang banyak melakukan maksiat kepada Allah, dan mengatakan bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, dalam masa yang sama dia lupa dan sengaja melupakan, untuk bertaubat padahal azab Allah amat pedih.
Contoh lain ialah,seorang budak kecil yang disuruh oleh ayahnya untuk solat, tetapi ingkar dan memberi alasan-alasan yang remeh, berangan-angan bahawa dia akan solat ketika sudah dewasa, seperti mana ayahnya. Inilah contoh angan-angan yang tidak benar.

Seorang soleh pernah berkata: “Dibentangkan kepadamu kenikmatan syurga dan apa di dalamnya, serta juga dibentangkan kepadamu kedahsyatan dan kepedihan neraka.” Dia bertanya, “Tempat manakah yang kamu ingin diami nanti?” Lantas dia menjawab, “Aku inginkan masa untuk aku beramal padanya kerana Allah.” Orang soleh itu berkata,

“Peganglah cita-citamu itu dan bertindaklah!”

Sesungguhnya  agama ini bukannya dengan berangan-angan dan bermimpi.

Dalam surah An-Nisa’ Allah menyebutkan maksudnya: “Pahala dari Allah itu bukanlah angan-anganmu, dan bukan angan-angan ahli kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu, dan dia tidak akan mendapat pelindung dan penolong selain Allah.” (An-Nisa’: 123)

Allah berfirman lagi maksudnya: “Dan barang siapa yang berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

Yang penting ialah untuk kita hidup dan beramal bukan hanya sekadar angan-angan.

2-BANYAK BERGAUL DAN BERGANTUNG

Sesungguhnya halangan kedua di jalan kebenaran ini ialah banyak bergaul dan bergantung kepada manusia, bukan kepada Allah. Telah berkata hukama: Ziarahlah temanmu nescaya wujud kasih sayang. Ini adalah dalam muamalah biasa, manusia sesama manusia, tetapi jika bersama Allah tiada peraturan untuk mendekatiNya dan bergaul denganNya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Cintailah seseorang itu, sekadar sahaja, kerana kelak mungkin kamu akan membencinya, dan bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja kerana kelak kamu akan mencintainya. Jika kamu membenci seseorang, janganlah terlampau, kelak nanti dia akan menjadi insan yang kamu cintai.

Sesungguhnya banyak bergantung dan bergaul ini dapat menyebabkan manusia banyak bergantung sesama mereka dan mengetepikan Allah.

3- BANYAK MAKAN

Halangan ketiga di jalan hidayah ialah banyak makan. Ada tiga jenis makanan: Halal, syubhah dan haram. Halal dibahagikan kepada dua; pertama, jenisnya yang halal contohnya beras, sayur sayuran dan lain-lain. Kedua ialah dari aspek cara mendapatkan makanan tersebut. Haram juga boleh dilihat melalui aspek jenisnya, contohnya daging khinzir, bangkai dan apa yang Allah haramkan.

Di sini ada satu persoalan – apa hukum daging yang kita beli dari penjual daging? Sesetengah fatwa mengatakan bahawa daging tersebut syubhat dan adalah wajib bagi kita untuk  memastikan cara penyembelihan dan sebagainya. Jawapan bagi persoalan tersebut: Daging tersebut halal, dan kita tidak perlu untuk menyiasat dan memastikan, kerana ia lebih jatuh kepada kita was-was dan ragu-ragu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Jangan kamu ragu-ragu/was-was, kelak nanti Allah memberikan keraguan kepadamu seperti mana keraguan kepada Bani Israel. Banyak makan khususnya makanan yang syubhah dapat menjadi halangan untuk mendapatkan hidayah.

Dr Azizah Mohd Radzi

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY